Tuesday, May 19, 2009

Sejarah SK Brinchang

Sejarah SK Brinchang

P

rojek pembinaan SK Brinchang adalah satu usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan prasarana pendidikan khususnya di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat pada masa akan datang.

P

embinaan SK Brinchang dibina di atas lot 69 yang melibatkan tanah seluas 2.5995 hektar bersebelahan jalan utama dari Brinchang menghala ke Tringkap, Cameron Highlands. SK Brinchang telah mula dibina pada 01 Julai 2000 dan siap sepenuhnya pada 30 April 2002.

B

angunan SK Brinchang telah diduduki sepenuhnya oleh para guru dan pelajar pada 13 Jun 2002. Pada mulanya sekolah ini hanya terdiri daripada 10 orang guru beserta 130 orang murid. Bermula daripada itu SK Brinchang mula melakarkan sejarahnya sendiri.

0 comments:

Post a Comment

SK BRINCHANG, C.HIGHLANDS © 2008 Template by:
SkinCorner